We are Proud to be in Scooter Attack
PERHATIAN :
Untuk forumer / bukan ahli SACS yang telah register di forum ini, sila kenalkan diri di tempat yg telah disediakan. Sekiranya tiada, akaun anda akan auto dihapuskan. Sila beri kerjasama.
SCOOTER ATTACK CUSTOM SARAWAK
F O R N O W A N D F O R E V E R
INFO TERKINI : Dataran Sibu 3RD SIBU BIKE WEEK 2013 6-8/12/2013

Latest topics

» KOLEKSI SKUTER SACS
Fri 09 Aug 2013, 9:26 pm by Admin

» Tukar handle elegan 200
Wed 24 Apr 2013, 11:15 am by amarsondoi

» Sarawak Energy Berhad (UPDATE : 07 FEBRUARY 2013)
Thu 07 Feb 2013, 9:36 am by QSM4211

» All type Crazy Custom Scooters
Sun 30 Dec 2012, 8:17 pm by Lost puppet

» mencario cover elegan
Thu 27 Dec 2012, 4:03 pm by miz aboy marzmallow

» Kat ner nak custom sport rim untuk scooter ni?
Tue 18 Dec 2012, 4:17 am by Mezor

» Permohonan Jawatan Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia
Wed 24 Oct 2012, 3:51 pm by Yamz Wazowski

» YAMAHA MIO
Sun 30 Sep 2012, 6:40 am by MizieroYoshihara

» ELEGAN
Wed 26 Sep 2012, 3:10 pm by SlichucKz

» Salam Aidilfitri
Sat 18 Aug 2012, 7:04 pm by MizieroYoshihara

» Attack Fishing Team
Tue 14 Aug 2012, 10:22 am by QSM4211

» Chant training for supporters on Saturday
Wed 27 Jun 2012, 10:37 am by Lost puppet

SACS

SELAMAT DATANG KE FORUM KAMI
 
KLIK DISINI <SACS>

Log in

I forgot my password

Who is online?

In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None


[ View the whole list ]


Most users ever online was 56 on Mon 16 May 2011, 5:55 am

SACS Link

free forum
 
 
 
 

    KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Share

    Yamz Wazowski
    Scooter Attack Sibu
    Scooter Attack Sibu

    Female
    Number of posts : 1955
    Age : 59
    Location : cboo
    Phone : 012-9876543
    Job : penjual basikal tua
    Registration date : 28/11/2006

    default KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by Yamz Wazowski on Sat 10 Jan 2009, 6:17 am





    MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

    --------------------------------------------------------------------------------


    _________________


    =滑板车进攻海关沙捞越=

    KoMMuNiST
    Scooter Attack Kuching
    Scooter Attack Kuching

    Male
    Number of posts : 570
    Registration date : 25/12/2006

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by KoMMuNiST on Sat 10 Jan 2009, 8:12 am

    sekda penyelesaian benda tok sampey turun nya Nabi Isa & Imam Mahdi.sementara nunggu nya 2 dtg ada bgs nya perang habis-habisan.xda guna nak gencatan senjata la, rondeng2 la, plan ya plan tok.yahudi nang xpat d embak berondeng sampey bila2

    otai
    Pure Otai
    Pure Otai

    Male
    Number of posts : 1883
    Registration date : 08/02/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by otai on Sat 10 Jan 2009, 4:19 pm

    MIMBAR JUMAAT MINNGU TOK TEK



    Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

    Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: “TANGISAN GAZA “.

    Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

    Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini wilayah Palestin semakin sempit hanya tinggal ’sekangkang kera’ iaitu semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Hari ini genap hari ke-14, di mana beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera.

    Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 dan hingga kini, mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Qur’an. Menurut Doktor Ali Shariati, pakar sosiologi dan penggerak revolusi Iran menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.

    Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya ‘Israel fi al-Qur’an wa as-Sunnah‘, bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah


    Last edited by otai on Sat 10 Jan 2009, 4:23 pm; edited 1 time in total


    _________________

    otai
    Pure Otai
    Pure Otai

    Male
    Number of posts : 1883
    Registration date : 08/02/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by otai on Sat 10 Jan 2009, 4:21 pm

    Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:



    Maksudnya: “ Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

    Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

    Kita amat kesal atas sikap tidak bertanggungjawab Amerika Syarikat yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh kumpulan ini. Kita juga kecewa atas sikap negara-negara kuasa besar lain yang berdiam diri apabila melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam, dan begitu pro-aktif apabila isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

    Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.


    _________________

    otai
    Pure Otai
    Pure Otai

    Male
    Number of posts : 1883
    Registration date : 08/02/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by otai on Sat 10 Jan 2009, 4:24 pm

    Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:



    Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

    Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

    Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama kita. Baitul Maqdis juga adalah tempat Rasulullah SAW Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini dan ia juga tempat yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa.

    Justeru itu, mimbar ini menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin dengan sama-sama mengambil tindakan berikut:

    Pertama: menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan yang akan menyalurkannya melalui Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra;
    Kedua: bersama-sama memboikot dan memulau perkhidmatan seperti perbankan, insuran dan dan barangan seperti produk makanan, syarikat minyak atau yang mempunyai kepentingan dengan Amerika dan Israel;
    Ketiga: negara-negara OIC dan lain-lain negara serta umat Islam patut menghentikan dan mengelak dari terus menggunakan mata wang dolar dalam sebarang urusan perdagangan;
    Keempat: menginsafi akan bahaya perpecahan kepada ummah dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah di kalangan negara Islam seluruh dunia; dan
    Kelima: tanpa jemu, kita hendaklah memastikan bahawa penjenayah pernag Gaza di bawa kemuka pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana juga.


    _________________

    otai
    Pure Otai
    Pure Otai

    Male
    Number of posts : 1883
    Registration date : 08/02/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by otai on Sat 10 Jan 2009, 4:26 pm

    Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

    Mungkin sekali imbas amat sukar untuk mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat kecuali dengan kuasa Allah. Oleh itu, mimbar ini juga menyeru masjid-masjid seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan kepada pejuang Palestin dan Hamas khususnya, kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Seluruh umat Islam juga diseru agar sama-sama mendo’akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.




    Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”



    _________________

    JhoeBlingbling
    Scooter Attack Sarikei
    Scooter Attack Sarikei

    Male
    Number of posts : 1495
    Age : 30
    Location : Sarikei Pineapple City~~!!
    Phone : 0138070409
    Job : Pegawai Pengangguran Malaysia
    Registration date : 02/12/2006

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by JhoeBlingbling on Sat 10 Jan 2009, 6:49 pm

    ari tok tek lepas sembahyang isyak di masjid Ckei ada kira macam tunjuk perasaan thadap kekejaman ISRAEL...aku turut support sama...banyak yang ekot...

    aku x sempat ambik gambar tek coz hp low bat...


    _________________

    otai
    Pure Otai
    Pure Otai

    Male
    Number of posts : 1883
    Registration date : 08/02/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by otai on Sun 11 Jan 2009, 6:12 am

    JhoeBlingbling wrote:ari tok tek lepas sembahyang isyak di masjid Ckei ada kira macam tunjuk perasaan thadap kekejaman ISRAEL...aku turut support sama...banyak yang ekot...

    aku x sempat ambik gambar tek coz hp low bat...


    wahh,,,kira taraf rappers islam ko tok,,,,
    aku magine lok rap tunjuk perasaan lok,,hehehee


    _________________

    JhoeBlingbling
    Scooter Attack Sarikei
    Scooter Attack Sarikei

    Male
    Number of posts : 1495
    Age : 30
    Location : Sarikei Pineapple City~~!!
    Phone : 0138070409
    Job : Pegawai Pengangguran Malaysia
    Registration date : 02/12/2006

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by JhoeBlingbling on Sun 11 Jan 2009, 1:15 pm

    hahha...ko tuk jai....mena tuk bah,,,ukan main2...protes pun hal ya....aiyaa...ukan aku yang perform....


    _________________

    otai
    Pure Otai
    Pure Otai

    Male
    Number of posts : 1883
    Registration date : 08/02/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by otai on Sun 11 Jan 2009, 9:50 pm

    ANTARA WAJAH² PEJUANG ISLAM YG BERANI



    _________________

    molot0V_youngfreshnew
    Level : 2
    Level : 2

    Number of posts : 27
    Registration date : 04/01/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by molot0V_youngfreshnew on Mon 12 Jan 2009, 5:18 am

    ari jumaat lepas rah kl, jem jeraya.. tapi protes sik sia2, coz umat Islam berzikir memuji nama Allah, memohon doa diberik pertolongan..

    hmm, mengecewakan isu menderma yg dikutip oleh NSTP dikatakan disabotaj (kata2 oleh PAS).. mun nak menderma, derma anjuran PAS..

    knkla isu tok jadi terok? sikleh nak bergabungka politician malaysia? kenak nabur fitnah?

    otai
    Pure Otai
    Pure Otai

    Male
    Number of posts : 1883
    Registration date : 08/02/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by otai on Mon 12 Jan 2009, 6:43 am




    FREE FOR PALASTINE


    Last edited by otai on Mon 12 Jan 2009, 4:38 pm; edited 1 time in total


    _________________

    amarsondoi
    Scooter Attack Sarikei
    Scooter Attack Sarikei

    Male
    Number of posts : 1773
    Age : 24
    Location : ku x tauk juak...mana2 jak ko..
    Phone : tk ku x tauk..
    Job : xlmk gik ku...sbrlah..
    Registration date : 22/09/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by amarsondoi on Mon 12 Jan 2009, 1:05 pm

    kita hanya manpu berdoa jak gik...
    kita rakyat malyasia nag xdapatmloh pap2 bah...
    cuma berdoa jak....
    apa2 pun xda ya tetap juak perang untuk negara xda nye bah....
    ya baruk org islam yang menperjuangkan islam untuk negara.....
    sama2lah kita doa....

    JhoeBlingbling
    Scooter Attack Sarikei
    Scooter Attack Sarikei

    Male
    Number of posts : 1495
    Age : 30
    Location : Sarikei Pineapple City~~!!
    Phone : 0138070409
    Job : Pegawai Pengangguran Malaysia
    Registration date : 02/12/2006

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by JhoeBlingbling on Wed 14 Jan 2009, 10:19 pm

    http://www.youtube.com/watch?v=TFNLzf9zYhM


    hentikan keganasan tok...sama2 kita berdoa....


    _________________

    Budak Setan
    Scooter Attack Kuching
    Scooter Attack Kuching

    Male
    Number of posts : 235
    Age : 32
    Job : bouncer
    Registration date : 29/11/2008

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by Budak Setan on Thu 15 Jan 2009, 7:16 am

    bismillah.dgn nama allah,yg maha pengasih lg maha penyayang hambamu yg kerdil lg hina ini menadah tgn memohon pertlgngan,prlindungan hanya pdmu hanya darimu yg maha agung bantulah saudaraku di bumi palestin gaza dr pada kezaliman rejim zionist....ya allah makbulkanlah doaku ini ya allah...amain'yarabbalalamin.....bdoalah dan truskan bdoa bg membantu para sahabat islam kt di palestin...wasalam... :

    QAL2541
    Scooter Attack Bintulu
    Scooter Attack Bintulu

    Female
    Number of posts : 231
    Age : 36
    Location : anywhere....
    Job : nyukat jeraya
    Registration date : 21/02/2007

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by QAL2541 on Thu 15 Jan 2009, 9:50 am

    amin amin ya rabbalalamin...

    "berat mata memandang,berat lg bahu memikul"

    doa usaha dan tawakal...


    “Wahai orang yang beriman! Mahukah aku
    tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab
    seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan
    Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan
    diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu
    hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

    Sponsored content

    default Re: KEZALIMAN TENTERA ISRAEL 27DEC08 -

    Post by Sponsored content Today at 7:01 am


      Current date/time is Thu 08 Dec 2016, 7:01 am